Tuesday, January 4, 2011

Part 1

         Suasana malam itu dirasakan begitu dingin sekali. Setelah penat melihat drama lakonan ibu tirinya yang menyakitkan hati, Alya mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar balkoni biliknya, bilik yang agak luas itu dihias indah sehinggalah ke ruang balkoni, rimbunan bunga-bunga kecil seperti kekwa dan lavender disusun rapi oleh Mak Timah iaitu pembantu rumah mereka. Sesekali terlihat Alya menyelak rambutnya yang ikal, dia teringatkan ibunya yang telah pulang ke rahmatullah sejak  setahun yang lalu. Ahh!! terasa kosong hidupnya kini.
       
          "Ibu, Yaya rindu ibu',teriaknya dalam hati. Walaupun umurnya kini sudah mencecah ke angka 20-an namun rindunya bagaikan anak kecil yang menantikan belaian seorang ibu. Mana mungkin seorang ibu yang telah melahirkan kita di tukar ganti bagaikan persalinan pakaian. Bagi dirinya, Puan Aisyahlah ibunya dunia dan akhirat, bukanlah ibu tirinya Datin Anita yang sentiasa mengimpikan kemewahan dunia. Mungkin papanya telah tersalah percaturan, bentak Alya dalam hati. Namun dia tidak menyalahkan papanya kerana dia yakin bahawa jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan kerana ibunya juga sentiasa berpesan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates