Friday, January 7, 2011

Part 2

      

           Hari ini merupakan hari terakhir Alya bergelar seorang mahasiswa di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia. Dia telah berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan selama 4 tahun. Alya bersyukur ke hadrat ilahi sambil tangannya ditadah seolah-olah berdoa.  Perasaan gembira, teruja dan takut menguasai dirinya.

            Dia mengambil keputusan untuk melepaskan lelah di sebuah bangku berdekatan kafeteria sambil menunggu ain dan sarah menghantar tugasan akhir mereka. Ain dan Sarah merupakan sahabat baiknya sepanjang di universiti. Ain seorang pelajar sederhana yang sentiasa ceria dengan gelagat selambanya walaupun datang dari keluarga berada, manakala Sarah pula berbeza sekali dengan karakternya yang sedikit dungu tetapi begitu bijak dalam pelajaran. Sarah datang dari keluarga yang sederhana tidak seperti dirinya dan Ain. walaubagaimanapun, mungkin disebabkan perbezaan antara mereka bertiga itulah yang menjadikan mereka sahabat dunia dan akhirat. Alya mula bermonolog sendirian memikirkan tentang sahabat-sahabatnya itu.

          'Alya, o Alya, laung Ain selamba namun tiada sebarang reaksi. Sarah, kau tunggu sini kejap, aku nak kasi suprise kat minah tengah angau tu. Dari jauh Sarah melihat gelagat sahabatnya itu sambil bergerak ke arah Alya. Dengan pantas Ain melaksanakan pelannya, dia menutup mata Alya dari arah belakang. Terjerit Alya dengan perlakuannya itu, dia tahu itu mesti angkara Ain, Namun Alya pura-pura tidak tahu, lantas dicubitnya tangan sahabatnya itu.
          'Oi, apa nie main cubit-cubit, sakitla',rungut Ain sambil melepaskan tangannya. 'Ha, itulah nak kenakan orang sangat, kang tak pasal-pasal dah dapat sakit, meh sini mak ubatkan yea nak',bebel Alya sambil menahan tawa.Sarah yang sedari tadi memerhatikan mereka terburai ketawa apabila melihat wajah Ain mencebik. 'Dah-dah, jom ikot aku, aku belanja korang makan, pelawa Alya kepada dua sahabatnya itu. 'Makan, yahoo..nie yang kitorang sayang kat kau nie, serentak Ain dan Sarah besuara. Tengahari itu mereka sama-sama meraikan kejayaan mereka berjaya menamatkan peperisaan akhir tanpa sebarang masalah. Namun, tiada siapa yang tahu onak dan duri yang bakal ditempuh pada masa depan kerana segalanya telah ditentukan olehNYA.

           Sebaik tiba di rumah, Alya membersihkan dirinya dan mengerjakan solat zohor, setelah itu, dia mengerjakan solat sunat syukur tanda kesyukurannya. Tangan ditadah mohon kesyukuran terhadap illahi dan seraya itu dia menyedekahkan Al- Fatihah buat ibu tercinta. Alya Amani bt Datuk Malik merupakan seorang anak yang baik dan mendengar kata. Namun kadang kala, sikap ibu tiri dan adik tirinya tasya menjadikan dia mudah hilang pertimbangan. Mujurlah ilmu agama didada menjadi penyelamat hidupnya. Bekalan yang diberikan oleh ayah dan ibunya sejak kecil tidak langsung membuatkan dia lupa siapa dirinya di sisi Allah.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates