Friday, March 4, 2011

Kuasa Cinta! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kuasa Cinta! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Nukilan sebuah kehidupan...

andai kau menjadi pelangi, akulah awan lindunganmu,
andai kau pepohonan hijau, akulah dedaun yang senantiasa bergantungan padamu,
andai kau seorang penulis, akulah yang akan menjadi penamu,
andai kau seorang sasterawan, akulah yang akan mejadi sumber ilhammu,

jika kau bahagia, panjatkan kesyukuranmu padaku,
jika kau dilanda derita, serulah namaKU
jika kau seorang hambanya, akulah yang akan sentiasa memerhatikan gerak gerimu,
jika kau seorang ternama, jagalah adab serta tatasusila mu,

tatkala kau gundah gulana, akulah kekuatan hidupmu,
tatkala maruahmu dinoda, akulah tempatmu mengadu domba,
tatkala kau hilang dalam gelita, akulah cahaya yang menerangi duka,
tatkala diirimu dipuncak dunia,janganlah kau lupakan aku..

siapa AKU ???
renung-renungkan kata-kata ini...sebagai pedoman hidup kita


dalam kehidupan

Monday, February 28, 2011

Part 4

Assalamualaikum, 'emak,ooO mak, Aqif dah balik nie ha,'jerit Aqif sambil melaungkan nama ibunya.Dia tercari-cari kelibat ibunya di dapur dan di setiap pelosok rumahnya itu, namun kelibat ibunya pun masih tidak kelihatan.Tidak sabar rasanya dia untuk memberitahu khabar gembira bahawa dia diterima bekerja di salah sebuah syarikat pengeluaran sos tempatan, bagi dirinya, walaupun dia sekadar diteima bekerja sebagai assistant supervisor namun, dia tetap bersyukur kerana dia tidak lagi akan membebankan ibunya malah dapat membantu meringankan bebanan mereka sekeluarga.

Mana pulak mak aku nie pergi, Faqif mula berteka-teki didalam hati, perasaannya bercampur baur tatkala dia terpandangkan titisan darah di lantai semasa dia memasuki dapur. Dadanya mula berdegup kencang, 'Ya Allah kau lindungilah ibuku daripada apa bencana sekalipun.' Sayangilah dia sepertimana kau sayangi umatmu yang lain. Terkumat-kamit mulutnya menuturkan butiran doa. Lantas tanpa membuang masa, dia mengambil beg sandangnya dan menghala ke rumah jiran-jiran ntuk bertanyakan tentang ibunya.

Jam sudah menunjukkan tepat ke angka 5 petang, menandakan sudah hampir dua jam dia mencari ibunya. Di rumah Pak Seman sudah, rumah Mak Timah tempat ibunya mengambil upah membuat kuih pun sudah dicarinya, Faqif berkira-kira sendirian di laman rumahnya, hatinya jadi tidak keruan. Sebentar lagi adik bongsunya Azra akan pulang dari sekolah KAFA dan dia pasti akan bertanyakan ibunya.Apa yang perlu dia lakukan. Ya Allah berilah petunjuk kepada hamba-MU ini.

Monday, February 21, 2011

Lagi sayang ...lagi diuji - selingan

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu

Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!


P/s : aku terbaca artikel nie dalam i luv islam...yea i love 2 find the article in that kind of tabloid coz it will make me feel calm n relax while reading it...kinda muhasabah diri,hehehe

Friday, February 18, 2011

Cantik sangatkah diri kita ini?

              Apakah yang kita lakukan apabila bangun pagi? Biasanya, setelah menggeliat dan menggenyeh mata, kita akan terus ke bilik air untuk menggosok gigi. Selepas itu mandi, bersabun dan bersyampu. Usai bersolat, kita bersolek. Bagi perempuan, wajah jadi cantik setelah dilukis semula. Bagi lelaki pula, wajah kembali terurus setelah membuat landscaping kecil dengan menebas misai dan janggut serta menyikat rambut.
Buat orang lelaki, tali leher yang terjerut kemas akan menampilkan gaya yang segak. Bagi orang perempuan, busana yang diperagakan akan menganggunkan ketrampilan. Perfume yang disembur menyegarkan bau tubuh dan menaikkan aura. Orang yang berselisih dengan kita boleh terhenti untuk menghidu bau minyak wangi yang kita pakai.
            Itulah kebiasaan yang kita lalui sebagai manusia yang berkerjaya. Bagi golongan suri rumah, pelajar, mahupun yang masih belum bekerja, rutin harian yang dilalui lebih kurang sama juga. Dalam masa tidak sampai sejam, kita sudah pun siap. Kita lalui semua proses mendandan diri separuh robotik ini sebaik sahaja bangun tidur.
            Namun, pernahkah kita berhenti seketika, termenung dan merenung kembali buat seketika? Apabila bangun tidur, sebelum melompat atau bermalas-malas mengheret kaki ke bilik air, terciumkah kita bau tubuh sendiri terutamanya bau yang datang daripada mulut kita? Wangikah ia?
            Apabila membelek wajah di cermin, lihatlah kelayuan mata sendiri yang cengkung dan bergelanggang kerana belum dipalit kelilingnya dengan celak dan shadow. Berapa garis kedutkah yang kita ada. Kurang daripada sepuluh atau sudah tidak terkira? Biasanya kita tidak sempat membilangnya kerana cepat-cepat menutupnya dengan bedak.
           Bila diperhatikan betul-betul, rambut kita yang ikal seperti seludang kelapa sudah semakin lurus seperti berus periuk terpakai. Tidak lama lagi, warna putihnya akan melebihi warna hitamnya. Misai yang tebal pun sudah jarang-jarang dan tidak tentu hala tumbuhnya.
           Otot-otot di tepi bibir yang biasanya ternaik hingga menyerlahkan wajah kita seperti orang yang sentiasa tersenyum, kini sudah kendur. Akibatnya, wajah kita yang serius kelihatan seperti sedang mencebir; menjadikan wajah kita persis orang yang sudah putus urat senyumnya.
Carilah kembali tanda lahir di tubuh, sama ada tompok putih di belikat atau garis di celah paha ~ yang hanya diketahui juga oleh pasangan kita; yang juga menandakan kita bukan manusia sempurna seperti batang tubuh artis yang sudah diphotoshop di komputer. Bagaimana pula perut yang punyai kesan pecah lemak hingga berjalur-jalur pecah seribu, tompokan hitam atau kutil yang mula tumbuh di merata tubuh?
Dan, lihatlah diri kita secara keseluruhan di cermin secara 360 darjah. Tataplah bentuk tubuh kita sendiri daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kepala, leher, tengkuk, bahu, lengan, dada, perut, paha, betis dan akhir sekali, kaki. Eh, sejak bila lubang hidung kita dah tak sama saiz rongganya? Bila pula tubuh kita rebeh sebelah?
Kita kini tidak lagi persis model yang cantik dengan keluk, lekuk dan luk di bahagian-bahagian yang sepatutnya. Justeru itu, apakah kita kini seorang manusia... atau kita telah bertukar menjadi makhluk yang menggelembung di sana-sini di bahagian-bahagian yang tidak seharusnya?
"Tidur itu saudara mati." Demikian sabda Rasulullah, s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabarani dan Baihaqi. Ertinya, bangunnya kita daripada tidur itu seumpama bangun daripada mati. Wajah kita pucat, tidak terurus, tidak bermaya dan berbau. Sebenarnya tubuh dan wajah kita amat hodoh sekali!
Tetapi, oleh kerana terlupa mahu melihat kekurangan fizikal diri sendiri, kerana hendak berkejar menyoleknya, maka kita sudah alpa akan kecacatan bentuk zahir kita. Apabila kita menyarung baju yang lengkap dengan jalur dan warnanya, atau ropol dan rendanya, kita kelihatan segak sekali. Maka apabila mengatur langkah dengan bergaya kerana kasut tumit tinggi menjadikan postur tubuh membusung di ponggong dan dada... wah siapa yang tidak ingin menatap lebih daripada sekali?
             "Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan.
               Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)." (Az-Zumar 39:42)
              Sedangkan fizikal kita sendiri kita lupakan kerana sentiasa disalut dengan pakaian yang indah-indah, bagaimana pula dengan spiritual kita? Jika yang boleh dilihat itu tidak selalu dipandang, bagaimana pula dengan bahagian diri kita yang tidak dapat ditilik?
Apakah batin kita secantik yang kita anggap selama ini?
Ataupun ia lebih hodoh daripada kita yang zahir ini?

Thursday, January 20, 2011

Tiada kata seindah bahasa - Selingan..

AWAK...SAYA SAYANG AWAK...AWAK BACA TAU... 


Saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??
saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...
betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...
awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..
awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??
saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..
awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.
saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..
awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..
awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..

Monday, January 17, 2011

Part 3

  Aku burung,didalam sangkar,
  Hidup terkurung,hatiku susah,
Ingin aku, terbang bebas,
Berkawan-kawan, tinggi di awan....

            Lama Faqif memandang adik perempuannya Azra Afiqah yang sedang bernyanyi kecil di tepi jendela rumah mereka, sayu terdengar di telinganya kala itu. Tatkala itu juga dia teringatkan arwah abahnya. Semangat dan kekuatan yang dimilikinya kini itulah yang mungkin diwarisi olehnya. Sejak kehilangan abah tercinta, dia banyak berkorban untuk adik-adik dan ibunya. Bagi Faqif, kegembiraan mereka adalah perisai hidupnya. Perisai kekuatan buat dirinya terus berbakti untuk keluarga tercinta.
         
           Masih terngiang-ngiang lagi akan kata-kata Pak Longnya kepada mereka sekeluarga setelah arwah abahnya meninggal dunia. ''Dengar sini baik-baik ya Jah, Laki kau tu cuma anak angkat ja, jadi rumah nie sekarang bukan lagi korang punya, Kau anak beranak jangan nak menyusahkan aku, Halim dah tak ada lagi kat dunia nie, jadi korang boleh angkat kain baju dan pergi dari rumah nie, lepas tue pandai-pandailah korang nak cari makan.''

           Berbekalkan sisa-sisa semangat yang ada serta baki wang simpanan yang arwah abah tinggalkan, mereka sekeluarga meninggalkan kampung dan mencari rumah baru untuk menumpang teduh. Rumah teres kos rendah yang didiami kinilah menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh dari hujan dan panas. Kalau dahulu, rumah banglo kampung milik arwah abahnya yang diberikan oleh Mak Tok memberi lebih keselesaan buat mereka. Tapi kini mereka tetap bersyukur kerana mempunyai tempat tinggal walaupun tidak seperti dahulu sebelum mereka meninggalkan kampung halaman akibat hasad dengki orang.

            Semenjak itulah, dia menanam azam untuk mengubah corak dan rentak kehidupan mereka sekeluarga. Kini, dia telah berjaya menamatkan pengajian di salah sebuah Institusi kemahiran di ibu kota. Dia percaya kursus pengurusan perniagaan yang diceburinya itu dapat membantu niatnya. Cita-citanya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi seorang usahawan berjaya juga akan tercapai suatu hari nanti.

          







Template by:

Free Blog Templates