life and love are more precious than thousand of pearl in the ocean...
andai kau menjadi pelangi, akulah awan lindunganmu,
andai kau pepohonan hijau, akulah dedaun yang senantiasa bergantungan padamu,
andai kau seorang penulis, akulah yang akan menjadi penamu,
andai kau seorang sasterawan, akulah yang akan mejadi sumber ilhammu,
jika kau bahagia, panjatkan kesyukuranmu padaku,
jika kau dilanda derita, serulah namaKU
jika kau seorang hambanya, akulah yang akan sentiasa memerhatikan gerak gerimu,
jika kau seorang ternama, jagalah adab serta tatasusila mu,
tatkala kau gundah gulana, akulah kekuatan hidupmu,
tatkala maruahmu dinoda, akulah tempatmu mengadu domba,
tatkala kau hilang dalam gelita, akulah cahaya yang menerangi duka,
tatkala diirimu dipuncak dunia,janganlah kau lupakan aku..
siapa AKU ???
renung-renungkan kata-kata ini...sebagai pedoman hidup kita
Assalamualaikum, 'emak,ooO mak, Aqif dah balik nie ha,'jerit Aqif sambil melaungkan nama ibunya.Dia tercari-cari kelibat ibunya di dapur dan di setiap pelosok rumahnya itu, namun kelibat ibunya pun masih tidak kelihatan.Tidak sabar rasanya dia untuk memberitahu khabar gembira bahawa dia diterima bekerja di salah sebuah syarikat pengeluaran sos tempatan, bagi dirinya, walaupun dia sekadar diteima bekerja sebagai assistant supervisor namun, dia tetap bersyukur kerana dia tidak lagi akan membebankan ibunya malah dapat membantu meringankan bebanan mereka sekeluarga.
Mana pulak mak aku nie pergi, Faqif mula berteka-teki didalam hati, perasaannya bercampur baur tatkala dia terpandangkan titisan darah di lantai semasa dia memasuki dapur. Dadanya mula berdegup kencang, 'Ya Allah kau lindungilah ibuku daripada apa bencana sekalipun.' Sayangilah dia sepertimana kau sayangi umatmu yang lain. Terkumat-kamit mulutnya menuturkan butiran doa. Lantas tanpa membuang masa, dia mengambil beg sandangnya dan menghala ke rumah jiran-jiran ntuk bertanyakan tentang ibunya.
Jam sudah menunjukkan tepat ke angka 5 petang, menandakan sudah hampir dua jam dia mencari ibunya. Di rumah Pak Seman sudah, rumah Mak Timah tempat ibunya mengambil upah membuat kuih pun sudah dicarinya, Faqif berkira-kira sendirian di laman rumahnya, hatinya jadi tidak keruan. Sebentar lagi adik bongsunya Azra akan pulang dari sekolah KAFA dan dia pasti akan bertanyakan ibunya.Apa yang perlu dia lakukan. Ya Allah berilah petunjuk kepada hamba-MU ini.
"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.
"Macam mana kalau tak betul?"
Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.
Adikku,
Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.
Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?
Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:
"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)
Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu
Adikku,
Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?
Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?
Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.
Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?
Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.
Ujian Ini Nikmat Keimanan
Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)
Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?
Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?
Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah
Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?
Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?
Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.
Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.
Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.
Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!
P/s : aku terbaca artikel nie dalam i luv islam...yea i love 2 find the article in that kind of tabloid coz it will make me feel calm n relax while reading it...kinda muhasabah diri,hehehe
AWAK...SAYA SAYANG AWAK...AWAK BACA TAU...
Suasana malam itu dirasakan begitu dingin sekali. Setelah penat melihat drama lakonan ibu tirinya yang menyakitkan hati, Alya mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar balkoni biliknya, bilik yang agak luas itu dihias indah sehinggalah ke ruang balkoni, rimbunan bunga-bunga kecil seperti kekwa dan lavender disusun rapi oleh Mak Timah iaitu pembantu rumah mereka. Sesekali terlihat Alya menyelak rambutnya yang ikal, dia teringatkan ibunya yang telah pulang ke rahmatullah sejak setahun yang lalu. Ahh!! terasa kosong hidupnya kini.
"Ibu, Yaya rindu ibu',teriaknya dalam hati. Walaupun umurnya kini sudah mencecah ke angka 20-an namun rindunya bagaikan anak kecil yang menantikan belaian seorang ibu. Mana mungkin seorang ibu yang telah melahirkan kita di tukar ganti bagaikan persalinan pakaian. Bagi dirinya, Puan Aisyahlah ibunya dunia dan akhirat, bukanlah ibu tirinya Datin Anita yang sentiasa mengimpikan kemewahan dunia. Mungkin papanya telah tersalah percaturan, bentak Alya dalam hati. Namun dia tidak menyalahkan papanya kerana dia yakin bahawa jodoh dan pertemuan itu di tangan tuhan kerana ibunya juga sentiasa berpesan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "